dear bloggie....
aku pon tak tau mcam mn nak mulakan. Hurm... semalam aku ada kuar ngan sorang member ni. Well, macam biasa la...sesi luahan perasaan.. Both of us pegi lepak kat satu tempat ala-ala lounge. Open air la..selamat punya tempat. Cerita dan cerita... minum dan minum... sedikit sebanyak aku sedar satu perkara. Dalam soal hati dan perasaan, mana satu jadi pilihan kita. HATE or LOVE someone??.
Bila persoalan macam ni timbul, memang susah kita nak pilih. Melainkan orang tu hati batu. Or ego melampaui segala-galanya. Pada pendapat aku, soal hati dan perasaan ni kita tak boleh nak paksa untuk membenci. Dan tak boleh juga kita paksa untuk sayang dan suka. Lama-kelamaan hubungan yang dibina tu sendiri akan berakhir dengan kehancuran. Walau berusaha keras macam mana sekali pun kita untuk mendapatkan seseorang tapi kalau memang bukan milik kita, jadi lebih baik la mengundur diri. Bukan menandakan kita mengaku kalah ok. Tapi ini semua untuk kepentingan diri kita sendiri. Hanya kerana satu perkara, dan harapan mmg tipis .. sanggup sakitkan hati sendiri. HUHUHU....
Tak mudah untuk kita membenci seseorang, dan tak mudah juga untuk kita menyayangi seseorang. Sebab tu la orang cakap, JANGAN BENCI SANGAT NGAN ORANG TU, LAMA-LAMA BOLEH JADI SAYANG.
Apa-apa pon kepada sesiapa yang "IN RELATIONSHIP" tu, hargai la pasangan anda sepenuhnya. Berpeganglah kepada KEPERCAYAAN yang jadi asas kepada satu perhubungan yang dibina dan dikuatkan dengan KESETIAAN yang tak kan memporak perandakan satu hubungan tu. :)
p/s : aku ni masih single pon sebab amik langkah berjaga2. hehehe.. tkut nnti jumpa mcm yg dulu. X than.argh!
Comments
Post a Comment