SHARING OF THOUGHT

Life is really miserable. Ups and downs is always there. At the same time it helps us a lot to stand up still and moving forward. We may falling down a lot but yet we still try to stand up again. No matter what.

Monday, April 30, 2012

Community Work @ Kabong, Saratok

dear bloggie... 

Kepenatan aku hampir habis hari ni sbab sehari suntuk aku habiskan masa di atas tilam dgn bertemankan Mr.Spongebob aku. HEhehehe... 3 hari yg lepas, aku n kawan2 sekelas join program khidmat masyarakat kat Kabong, Saratok. Pengalaman msa kat sana memang tak dapat dilupakan. Bnyk benda kmi dh share and buat bersama sepanjang program tu diadakan. Ni kat bawah aku cerita la skit2 kronologi program kitaorg. 

26 April 2012 :
 Kami semua berkumpul kat tempat yg dh ditetapkan. Oleh sbb aku tgl kat luar, aku tunggu kat flat aku je la. Dgn kwn2 yg lain. Perasaan tu tak payah ckp la. Memang dh tak sbar la nk tgk keadaan kat sna kan? Kitaorg berkumpul sblm pkl 2. Kami pergi guna 2 buah bas. Sebelum smpai kat Kabong, kitaorg singgah kat Sri Aman utk makan malam. Jalan2 la kjap kat sri aman. Wpon bnyak kedai yg dh tutup. Hehehehe.. Dlm bas aku, mcm2 bnda berlaku. Aku yg entah mcm mn tetiba boleh jadi pramugari. Gara2 bas tu ada lampu kecil mcm dlm flght. Mngsa aku sapa lgi kalau bukan Si kema foreber gebu tu.. Dlm bas yg aku naik tu mmg bising la. Tmbah2 lagi kroni2 aku yg tak reti2 berhenti bercakap. Sampai kat Chalet, aku trs amik kunci dgn sorg pakcik yg jga chalet and bhgi2kan la mereka2 ke tmpt tggl msg2.. Oleh kerana aku dlm team management, kmi seramai 9 org, (4 pompuan, 5 laki) terpaksa la tggl serumah. Ni smua utk kesenangan kami buat kerja dn berbincang. Kami yg team management ni tidur dlm pkl 3 pagi sbb sblm tu nak bncgkan pasl program keesokan. Dn juga ada masalah yg berlaku mlm tu jga. Adoi..pening jga la kpala aku.. 

27 April 2012 : 
Ok..hari pertama. Pagi2 dh bngun. Kejutkan smua peserta program. Kami yg management pun bersiap2 nk susun kan dorang smua. Pagi tu sarapan pagi kami disediakan oleh Persatuan Nelayan. Kami pn bergerak la ke pasar Kabong sbb restoran persatuan tu letaknye kat pasar kabong. Sarapan tepi sungai mmg best. Tmbh2 plak, kmi rasa makanan tradisional kat situ. Satu makanan yg first time aku makan and sedap iaitu "suman". Makanan ni di buat dri tepung pulut. Pastu letak la sotong ke, udang ke..or ikan. Pastu bungkus macam bungkus otak2..Pastu panggang. Pergh!!! SEDAP!! Sampai ada la bebrapa org bdk laki ni pegi tapau suman dlm poket vest dorg.. Yg ni la kenangan yg tak blh dilupakan oleh aku. Lepas sarapan, kitaorg bergerak ke bas. Entah mcm mn aku dn 5 org dlm team management blh kena tgl bas. Maka, pagi2 lagi kmi berenam berjalan kaki sejauh 2 km nk pergi ke smk kabong yg x jauh dri chalet kami td. Perasaan tu tak pyh ckp la. MEMANG SPEECHLESS!!!! Mcm mn lah kmi ni blh tertggl? X puas hati la dgn 3 org lagi team management yg dh msk dlm bas tu. Tmbh lagi walkie talkie dorang x on. Aduhai... Takpe..exercise. Smpai kat skolah, smua kitaorg berpakat xnak tgur dorg 3 org tu. Lbh2 lgi si Azeanto. Sbb dia sptnya yg lbh peka, dia plak blh tglkn kitaorg yg mcm tu je. Panas la jga dlm hati ni. Petang plak, kitaorg ada sesi bersama Majlis Daerah Saratok. Mcm biasa la... ceramah simple je. Dh hbs ceramah, berjalan2 la kt pasar saratok. Dlm berjalan2 tu, aku n Vie ikut pn. norain beli barang utk program health keesokn hari nye.. Beli sabun, kipas, stove gas.. Mcm2 la yg jadi masa beli tu... Susah nak cerita.... Mlm plak, aktiviti biasa. Kami dr management ada la buat aktiviti refleksi secara kumpulan. Buat kat pantai and ada unggun api. 

28 April 2012 : 

Haaa... pagi 28 hb kmi buat aktiviti bersama kanak2 tadika di bwah kelolaan Kumpulan Health. Yg ni mmg syok la..lbh2 lgi bila berkerumun dgn knak2... Happening la..hehehe...Balik tgh hri, kitaorg lunch and bersiap sedia nak turun ke tepi pantai utk sesi memukat ikan. Pglamn ni mmg syok la.. Wpon aku x ska mndi pantai, tpi dpt msuk dlm pantai sambil memukat tu syok jga la.. Tapi x lama la..sbbnye aku kena sengat2 manja oleh obor2. Aduhai... Bkn aku sorang la.. yg lain pun ada juga yg kena. Tapi bkn smua. Malam pula, ada mjlis penutupan.. Sblm tu kami mkan bersama JKKK Kampung. Waah... Msa tu baru kami tahu yg pddk kpg yg mngkn tgk persembahan kmi dlm 2-3 ribu org. Pergh!! Dorg yg buat persembahan mmg nebes abs la.. Bukn apa jga mlm tu rmai org, mjlis tu pun bersempena dgn lawatan daripada PM tempoh hri. Lps tu plak, malm yg sama ada artis jemputan. Ani Mayuni buat persembahan. Memang ramai orang la! Aku, Vie n Azeanto mmg bertungkus lumus la.. Tetiba jadi AJK Protokol utk handle "artis2 UNIMAS". Hahaha..Sambutan dri org kpg mmg best la.. 

29 April 2012 : 

Hari terakhir kitaorg kt Kabong. Kitaorg adakan gotong-royong bersama penduduk kpg. Rumah yg jdi pilhan kitaorg rumah En. Bharom. Kitaorg tolong tukarkan atap en bahrom n bersihkn kwsan skitar perumahan en.bahrom. Dh hbs aktiviti smua, entah mcm mn, tetiba je aku menangis. Aku menangis bila tgk muka en.bahrom. Entah kenapa je air mata aku kluar. Perasaan aku time tu mmg cmpur2 la.. Menangis sbb sdih dgn keadaan en.bahrom. Dlm msa yg sma menangis sbb akhirnya penat lelah utk program ni dh habis. Waaa..... Selesai je gotong royong, kami pun balik ke chalet n siap2 nak check out. Yg ni, kami siap2kan diri, simpan brg dlm bas... byr penginapan n mkan.. Dn smuanya... Aku, masuk2 dlm bas..Trs tdur. Skali aku sdar dh smpai kat simpang Sri Aman. Kitaorg bhnti kjp nak g toilet... Smpai kt rh dlm pkl 8 lbh cmtu. Mata aku mmg dh kuyu abs la.. Ngantok sgt2.. 

Overall, program ni hbs dgn jaya nya. Dgn sokongan n bantuan dri kwn2 terutamanya team management, smuanya dpt berjalan dgn lancar. Hehehehe..hrp2 lpas ni dpt la jga ke chalet tu. Skadar utk berjalan2 je... :D 

Sekian
Love, 
Gracie
muahmuahmuah!! 

No comments:

Post a Comment

:: Side Dish ::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...