Ada pepatah mengatakan berkawan biar seribu, berkasih biar satu. memang benar kita perlu berkawan dengan ramai orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit serta agama. melalui persahabatan kita dapat menempuh pelbagai pengalaman tanpa mengira masa dan ketika. persahabatan itu seumpama rencah dalam kehidupan kita seharian. malahan, persahabatan juga boleh dikatakan sebagai salah satu pelengkap dalam kehidupan kita seharian.
saya sendiri mempunyai ramai sahabat tak kira bangsa, agama dan kaum. segala layanan adalah sama rata dan kami juga memupuk persefahaman di antara diri kami sendiri. kegembiraan, kesedihan, kepayahan, semuanya ditempuh bersama. pengalaman dikongsi bersama dan ia menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan seumur hidup kita.
namun, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. ada sesetengah orang mengambil kesempatan di dalam kesempitan. dalam bersahabat, mereka sengaja membinasakan pertalian yang setelah sekian lama terjalin. mereka sanggup menyakiti dan melukakan sahabat mereka sendiri hanya kerana kehendak duniawi. sehinggakan ada juga sahabat yang hanya menjadi sahabat hnya ketika suka sahaja. itu lah rencah dalam kehidupan kita sekarang. bukan semua orang mampu menjadi sahabat yang baik untuk kita. dengan itu, kita kena berhati-hati dalam memilih sahabat. yang penting sekali, bina lah persahabatan dari hati yang ikhlas.
peace!! muahxx...!!

Comments
Post a Comment